Bendera
Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Empat Warna Melambang Kesempurnaan. Anak- Anak Gayong Membawa Panji Kesaktrian. Panji Di Kibar Melambang Kegagahan. Pantang Menyerah Walau Nyawa Terkorban.
Erti
di Sebalik Warna Rasmi Gayong
PUTIH
(Suci/Bersih)Disebalik pakaian serba hitam berserta darjat dan pangkat yang diterima ,ia sebenarnya hanyalah kulit untuk memperbezakan kedudokkan tetapi hakikat yang sebenarnya adalah jiwa(yang tersembunyi) yang suci dan bersih memperjuangkan semata2 kerana amanah dan tanggung-jawab yang harus dipikul.
Bukan untuk kemegahan dan kebanggaan yang perlu ditayang-tayang maka timbul penyakit sombong, bongkak dan angkuh.Maka banyak yang tewas dipertengahan jalan kerana sikap yang burok dan jelek ini.
'Hitam adalah bayang-bayang yang didedahkan dan terhijab kapada yang suci dan bersih……… dan putih adalah satu perbendaharaan yang berselindung disebalik bayang-bayang. Jadi,pendedahan tidak semestinya satu kejayaan dan kemenangan. Dan yang tersembunyi bukan bererti ia dalam kegelapan.Demi kebenaran dan ketulinan sesuatu Ilmu,ia harus diperjuangkan melalui pengabdian dan pengorbanan,bukan untuk meraih kemenangan dan kejayaan peribadi……..sebab ia terlalu luas untuk dicapai dalam masa yang singkat.'

HIJAU
(Agama)SYARAT2 UNTUK MENJADI AHLI GAYONG:-
Tiada pantang larang dalam Ilmu SSG.
Hukum Agama sebagai panduan.
Lakukan apa yang diperintah, dan tinggalkan perkara2 yang ditegah.
IKRAR AHLI GAYONG:-
Bahwa sanya aku (nama pesilat)Mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan menjadi ahli Gayong. Aku mengaku taat setia kapada Allah dan Baginda Rasul Allah s.a.w. Aku mengaku taat setia kapada Mahaguru Silat Seni Gayong dan juga wakil-wakilnya.
Aku mengaku taat setia kapada Ibu dan Ayah ku sendiri dan juga ahli sekeluarga dengan ku.
Bahwasanya aku mengaku taat setia kapada yang berhurmat President dan juga Kerajaan Negri.
Ya Allah,tunjukan aku kejalan yg benar,jauhi diriku dari jalan yg salah.
Ya Allah,murahkan rezekiku,jauhi diriku dari mala-petaka jin dan iblis dan juga ma'nusia yg niat khianat keatas diriku dan negaraku.
Inilah ikrar taat setia kapada negaraku.
Amin,Amin,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Lafaz menerima ijazah : 'Aku terima ijazah daripada Mahaguru dengan berkat sufaat Baginda Rasul Allah s.a.w.'
'Jangan sekali-kali derhaka kapada kedua IbuBapa dan Guru…. ……..Ibarat berdosa kapada Allah dan derhaka kapada Muhammad'

MERAH
(Darah Pahlawan/Berani)
Berani kerana benar dan perjuangkan kerana kebenaran.
Jauhi sikap-sikap sombong dan bongkak,angkuh,riak dan takabur serta darah yang bergelombang dengan hawa-nafsu rakus dan sarakah kerana kedudukan dan pangkat. Wabak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan wabak yang tidak ada ubatnya melainkan kesedaran diri sendiri.
Inilah penyakit yang tidak bolih dirasai yang berselindung disebalik jasad yang hanya memandang pada keindahan sahaja. Engkar dengan pegangan sabagai pejuang dan takut pada pengurbanan. Apabila sudah menerima kedudukan dan pangkat,akan menjadi TUAN dan menolak fahaman yang berunsur pengabdian.

"YANG
BENAR ITU INDAH……….NAMUN YANG INDAH TIDAK SEMUA-NYA
BENAR!".
KEKUATAN tidak akan dapat mengatasi KEBENARAN sebab kedua-duanya hak Allah dan penentuan Allah.
Sebaik-baik senjata adalah senjata yang dapat melenturkan dan menewaskan musoh tanpa pergaduhan dan peperangan iaitu kata-kata hikmah-bijak berkata-kata dengan perlaksanaan yang seimbang maka terbentuklah insan 'bijak laksana' dengan akhlak kerendahan-diri yang mulia.
"Kata-kata yang berhikmah lebih hebat dari keris yang berbisa"

KUNING
(Berdaulat)Sejarah sudah menentukan!.
Perjuangan bermula dari anak2 Raja Bugis yang bernama Daeng Marewah Ibni Daeng Relaga Tandriburang (Kelana Jaya Putera),Yang DiPertuan Muda I- Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1722 hingga 1728. Daeng Celak Ibni Daeng Relaga Tandriburang, Yang DiPertuan Muda II-Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1728 hingga 1745.
Memperjuangkan dan menyebar Agama Islam di-kepulauan Riau dan menentang pencerobohan.Maka dari itu perlaksanaan Adat-Istiadat yang sudah sedia-ada bermula berkurun2 lamanya. Cukup dengan Tata-Susila dan Tata-Keramanya yang amat tinggi.
'Adat menentukan budi-pekerti yang luhur,tutur-bahasa dan budi-bicara yang penuh kesopanan, berserta pelaksanaan yang cukup tertib…………………… …………………….Persilatan tanpa Adat-Istiadat umpama pohon yang tiada berakar'

HITAM
(Bayang-Bayang/Rahsia)Apa ertinya Adat-Istiadat Perlimau Tapak dan mengapa harus melalui upacara ini untuk menjadi ahli Silat Seni Gayong? .
Amanah Al-Marhum Dato' Meor Abdul Rahman:-
"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong"
'Setiap bayang-bayang bergerak mengikut ampunya bayang-bayang, tidak akan dapat mengenal sesuatu rahsia jika tidak kenal ampunya rahsia'

0 comments:
Post a Comment